26 August 2011

Detik Raya

Hari ni merupakan hari terakhir untuk aku bekerja minggu ni.
Bulan Ramadhan pun dah nak habis.
Selasa kan dah nak raya, mood bekerja memang dah kurang la kan.
Cuti! aku dapat cuti seminggu wei! tapi 2 hari tolak cuti tahun! Grrr.
Hari ni tak nak buat kerja langsung boleh tak bos?

Bulan puasa tahun ni aku busy sangat!
Banyak kerja yang perlu di selesaikan cepat, asyik mengejar kerja dunia sampaikan amalan puasa kurang, tak pergi tarawih la, al-quran jgn cakap la memang tak sentuh kalau dah siang malam buat kerja dunia.
Haish apa la nak jadi dengan aku ni.
Inshaallah Ramadhan tahun depan aku nak tambah amalan puasa!
Semangat!

Tahun ni baju aku 4 pasang!
Wow!
Gile melaram aku ni..haha
Lense pun dah beli, tak pernah aku beli lense calour PINK!
Ghahahaha.. aku beli lense color PINK wei.. tak menahan..
Warna PINK tu nak pakai raya pertama la..hehe

Kata-kata ucapan raya jangan cakap la memang dah bersepah-sepah kat facebook.
Macam-macam ragam.
Aku pun nak buat ucapan la.
'Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin'
kalau ada salah dan silap apa yang aku post dalam blog ni harap dimaafkan ye.
Nanti raya jemput la datang rumah ye..Tapi tahun ni tak Open House tapi Open Gate!
Heheeheheehehe..

p/s : Berat aku turun 3kg wei bulan puasa ni. Lepas ni gemuk balik la sebab melantak makanan rumah orang.

No comments:

Post a Comment