20 June 2011

Krepek Kelaut

kalau pilih bidang 'architecture' ni memang kene kuat fizikal dan mental
dari aku belajar sampai la kerja asyik busy je
badan jadi kurang kental sebab kurang stamina
eh macam nk masuk marathon pulak
dulu masa belajar selalu la bersukan sebab aku masuk teakwando
tapi sekarang dah tak join teakwando sebab tu badan lembik benyek cam nasi basi
duduk dalam opiz badan pun kumpul angin je urat pulak selalu je mintak urut

dulu selalu balas-balas komen kat facebook
notifications pun dah tak banyak macam dulu
kalau on9 pun tengok-tengok pastu dah tutup
balas komen pun sikit-sikit je
pastu update status sikit sebab nak notifications tak nak kosong
sebab tak ada masa nak bagi tumpuan kat facebook
hujung minggu kalau tak 'OT' pun cuba bagi masa untuk aktiviti lain
ermmmmmmm..
memang padat..

niat hati nak jadi blog tegar
setiap hari nak update blog
setiap hari nak cerita baru
nak stalk blog-blog orang
nak design blog cantik-cantik
tapi lupakan je la
aku ni bukan ada masa pun
kadang balik kerja badan dah penat malas nak on9
tapi kadang tu on9 gak hilangkan tension

masa belajar tension
masa kerja pun tension
apa pun tak boleh

patut la ramai yang tak sanggup amik bidang architecture
merungut-rungut aku tapi aku suka bidang ni
mencabar!
kadang-kadang orang tak faham bidang ni
tak faham dengan cara kerja
ye la kerja sampai overnite kat opiz
apa korang tau
tak tau jangan banyak bunyi

kalau korang nak tau
kehidupan seorang budak architecture ni unik tau

tapi kadang-kadang yang obses sangat kerja ni sampai tak ada life pun ada
mungkin satu masa nanti aku akan mengalami perkara ni
terlalu kejarkan kerjaya tapi life tak ada
entah la bila aku nak capai cita-cita aku pun tak tau la
nak ada title AR tu bertahun rasanya
aku dah beruban baru dapat kot
sekarang pun boleh nampak yang jadi arkitek semua dah berumur

hati ni..
nak gak rasa buat rumah design sendiri
siap ada bilik rahsia lagi
hehehehe..
nak gak rasa ada kereta BMW
baru nampak perempuan bekerjaya
hehehehe..

ok lah..
bye!
nak tidur nak mimpi kawen dengan arkitek.

No comments:

Post a Comment