12 September 2013

- h e a r t -

hati.. 
mohon kau jangan berubah
aku cuba untuk terima dan redha dengan takdir
aku cuba lupakan perkara-perkara lepas
moga bahagia selalu bersama
tapi.. 
hati..
masih tidak berjaya

hati..
tolong kuat untuk aku hadapi hidup ini
hidup yang tidak boleh menoleh kebelakang
jalan yang sudah aku pilih 

hati..
hanya kau saja mampu motivasikan aku
orang lain tak akan pernah faham hati ini
kisah hitam yang lalu buatkan hati aku tidak seperti dulu

hati..
jangan kau terlalu keras
cuba belajar menerima segala takdir
cuba.. dan cuba..
tapi aku selalu tewas

hati..
jangan kerana aku orang lain menjadi mangsa
tolong selalu positif demi kebaikan diri aku dan masa depan


13 May 2013

Bila bosan ni nak hilang?

Haishhhh..
Tetiba rasa nak update blog
Lama jugak aku dah tak merapu ha
Sejak berpindah tempat keje baru ni makin tak rajin pulak aku nak update blog
Ye la rumah sewa xda tenet, tenet opis plak banyak saluran kne block.. *hermmm bosan*

Nak cerita ape ye?

Aku rasa makin umur meningkat ni makin aku xde mood pulak nak idup
Ye la dah la suasana tempat keje baru x best x macam kat tempat keje lama
Duduk kuartes pulak sunyi je budak umah selalu kuar date
Rumah kene pecah masuk pulak tu
Haishhhh macam-macam
Lagi mencabar pulak aku berhijrah ni
Rasa seronok pulak sebenarnye duduk kat seremban tu

Otak sebenarnye dah tepu sangat-sangat ni
Hati meronta nak balik seremban balik
Tapi macam-macam masalah bermain di fikiran ni
Kata orang kita kene fikir panjang
Tapi kalau hati dah bosan nak buat macam mana kan?

Menyesal berhenti keje kat tempat lama pun ada jugak
Tapi dah terlambat
Masa tak boleh nak undur balik
Ada masalah pun x tau nak minta simpati kat sape
Nak luahkan kat sape
Ada orang yang aku anggap sebagai teman berbual, teman bergurau, segala-gala teman pun dah makin jauh
Sebok dengan keje
Tak tau la aku ni dia anggap siapa

Aku rasa macam nak tujukan lirik ni kat dia

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita


p/s : slalunye waktu2 macam ni aku tido kat surau tapi ntah ari ni aku rsa macam nk update blog..

13 November 2012

11 November 2012

Wanie dah tunang, aku bila lagi? Eh!



Date : 10. 11. 12
Engagement Day
Wanie & Ayie

- Tahniah Sayang -

..nampaknya wanie la kawen dulu dari farah..









    







Teaser for Hantaran







Wahhhhhhhhh!!!!!
X sabarrrrr!!!!

Pandai juga aku buat ek? Hikhik..



24 August 2012

Fullstop!!





Lupakan tarikh 4 hari dari sekarang!

Sekian Terima Kasih.....


22 May 2012

Thank You..

Semalam 21hb May 2012 bersamaan 29 JamadilAkhir 1433H genap la aku 24 tahun..
Erkkkk dah tua upenya
Tahun ni aku bersyukur sangat sebab Hari Lahir jatuh pada malam 1 Rejab
dan aku dapat rasakan sesuatau pada ulang tahun kali ni
tak tau nak gambarkan macam mana kegembiraan itu
walaupun sambutan sekadar biasa..

Walauapapun aku nak ucapkan ribuan terima kasih berbanyak pada yang sudi 'wish' kat facebook, twitter, bbm juga msg
terharu sesangat-sangat

Tahun ni banyak betul rezeki aku terima
bermacam-macam kek aku dapat
terima kasih rose sebab hadiahkan aku kek caremel
sedap sangat!!!


terima kasih juga kat nik sebab bagi kek coklat
sory x sempat amik gambar kek..
heeeee

Terima kasih gak kat nik sebab belanja karok sampai tak ingat dunia menyanyi
jalan-jalan cari makan
puas sangat rasa seronok sangat
biasa la kalau dah berjumpa perangai sengal tu datang..
tak caya tengok gambar bawah ni..
heeeeee




Tahun ni dapat celebrate dengan mama..
seronok sangat walaupun 'simple party'
tapi best!!!
heeeeeee


ramai komen cakap aku macam orang tua... =,(

ok dah abis tak tau nak tulis apa lagi, dah macam buat ucapan pulak..
heeeeeee..
apa-apa pun tahun ni aku happy sangat!!!
terima kasih sekali lagi buat semua yang wish..

p/s : buat 'syimie' nanti kita celebrate sesama ea yayang..heeeeee






18 April 2012

#Karma







Tetiba je hati nak update blog. Aku nak tanya kau percayakan 'KARMA'? Aku? Yurp aku percayakan karma. Segala perbuatan dalam seharian kehidupan kita adalah karma. Kekadang satu perkara yang membuatkan kita terasa penah tak kau terfikir tu adalah dari kesilapan sendiri? Penah tak kau sedar? Segala perbuatan kita akan dibalas sama ada baik atau tidak baik dan sama ada positif atau negatif. Itulah dikatakan karma.

Mungkin aku tak sedar kesilapan yang aku lakukan. Betul la apa apa yang orang kata 'buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat'. Jangan ingat semua orang kita tak suka, orang tu suka kat kita? Jangan ingat gurau senda tu tak terguris hati dan perasaan seseorang? Jangan ingat kata - kata yang dikeluarkan itu sempurna?

Dan sekarang aku perasan setiap hari sebelum tidur aku akan terfikir balik segala perbuatan yang aku lakukan. Bila aku terasa akan sesuatu perkara, aku cuma senyum dan hati berkata 'itu adalah karma'. Banyak benda aku pelajari, dalam peningkatan umur ni. Setiap perlakuan perlukan perubahan.



'What u give, U get back!'



24 March 2012

Congratz Uollsss







Tahniah korangggg
konvo jugak akhirnya adik-adik junior aku ni
terharu tak dengan 'Bouquet' yang kita orang buat tu?
pukul 3 pagi tau baru kita orang tidur siapkan 'Bouquet' korang
hikhikhik

Nampak cantik la dalam gambar 'Bouquet' tu.
bangga tau kita orang sebab masa jalan-jalan sambil pengang benda tu ramai yang tengok
pastu dengar la sokseksoksek kan..

'Eh mana dia beli benda tu'
'Eeeeee sedapnya'
'Eeeeee lawanya'

Terasa bangga sekejap.. hikhikhik.. papepun tahniah untuk korang
semoga berjaya dalam hidup

p/s : aley sorry gambar kau tak ada sebab kau sibuk dengan handphone kau tu, puas aku panggil kau..




dengan kesempatan kehadiran konvo junior akhirnya kita berjumpa
rinduuuu yang teramat sangat
ada masa lagi nanti kita jumpa lagi ok
tak puas rasanya jumpa

p/s : achot bagus! nampaknye ko semain maju dengan gaya mimik muka..haha



rinduuuuuuu...



28 January 2012

Ntah bila nak power 'Strumming'

Orang dok sebok dengan gitar aku pon dok sebok dengan gitar
konon nak jadi 'Najwa Latif' buat video pastu upload you tube
kalau aku buat video bukan 4 juta orang tonton tp 4 orang je yang tonton

Dah 4 minggu gitar aku beli rasanya
dah naik kematu jari aku main
tak jugak power bila nak 'Strumming'
sampaikan nak korek hidung pon tak ada rasa pape
tak ada lagi menikmati korek hidung
huh!

Konon  nak belajar lagu 'Carta Hati' sebab guna 4 kod je
kod pun senang
bila kod dah hafal dah mahir tukar kod sampai sekarang 'Strumming' macam cacing tersepit pintu
rasa nak telan je gitar ni bia power sikit nak 'Strumming'

Bila kecewa dengan lagu tu ada hati nak belajar lagu lain
pilih pulak lagu 'Kosong' mmmmm sama jugak
hafal kod je 'Strumming' kelaut.

Bila la aku nak jadi Fawah Latip ni?
tak sabar nak mahir main gitar
tak sabar nak capai hajat
nak main gitar tok bakal suami aku masa aku kawen nanti
kahkahkahkahkah..
mesti gempak kan? menangis tak 'Najwa Latif' agaknya?
hikhikhikhik..


pergh! power x? power x?
teruja gua beb
skunk budak ni dah besar hensem gua cakap lu..

09 January 2012

First Entry 2012


- kau banyak bagi aku semangat -
- Terima Kasih -


Eh? Dah tahun 2012 la!
Korang rasa negara makin kacau bilau ke tak?
Rakyat makin matang ke tak?
Agak-agak?
Bosan la sana politik sini politik..Laman sosial pun penuh dengan politik! tak best langsung!
tak habis-habis nak buruk kan antara satu sama lain.
Kita sesama melayu kot!
Yang penting aku tak daftar undi lagi! Muahahaha

Aku tak tau apa sebenar aku nak tulis. Entah la? Tapi apa yang aku rasa sekarang macam-macam.
 Bukan semua orang boleh dengar masalah kita dan bukan semua orang boleh selesaikan masalah kita. Kita bukan tuhan nak baca isi hati semua manusia.
Korang tau ke kawan-kawan korang atau sape-sape la punya hati dan perasaan? Agak-agak korang tahu tak? Tak tahu kan?

Kalau aku cakap aku ada perasaan agak-agak korang jaga tak perasaan aku?
Mungkin aku pun salah sebab tak jaga perasaan orang sekeliling kan?
Betul tak?
Bak kata orang ‘ what you give, you get back’ ( betul ke ayat aku?) argh! Abaikan..heee
Kadang-kadang satu benda tu sampai aku naik lali dah
Sampaikan aku hanya senyum je bila dengar
Buat bodoh sudeyyyy
Ada masa kita bergurau ada masa kita amik benda tu serius
Apa kisah pekak kan telinga je, masuk telinga kanan keluar telinga kiri sudah!

Aku tak pernah bangga dengan diri aku, sebab aku tak boleh nak putar masa balik memang tak akan boleh putar.
Aku tak faham kenapa masyarakat kita lebih pandang kesalahan seseorang itu daripada kebaikkan?
Hina sangat ke?
Mungkin tu dah jadi satu lumrah masyarakat kita kan?
Benda yang sama orang akan sentiasa bercerita berulang-ulang kali tanpa rasa nak berenti, tanpa rasa penat, dan mereka akan sentiasa bercerita sampai bila-bila.
Mulut tempayan boleh tutup tapi mulut kau boleh tutup? Eh?
Walauapapun hati kene kuat
Jatuh bangun yang penting usaha kita sendiri betul tak?

17 November 2011

#Mood Holiday


bila dah hujung-hujung tahun ni biasa la mood nak bercuti je kan?
aku sekarang hanya bebilang hari je lagi nak terbang ke sarawak!
tak sabar rasanya!
sebab aku tak sampai sarawak lagi
sabah pernah la aku sampai tu pun opiz trip

aku nak borong kek lapis banyak-banyak la
pastu jual kat opiz 2 kali ganda, boleh ke macam tu? eh?

siapa nak ikut?
angkat bulu ketiak cepat!

p/s : eh ari ni keputusan UPSR keluar la..tahniah pada anak bos aku yang dapat 5A!

16 November 2011

#Tarikh cantik tapi sakit!


11.11.11

tarikh ni orang dok sebok kahwin la nikah la tunang la kejadah la
yang aku dok sebok admit wad!
memang keramat betul la kan!
nasib ade medical card tapi sebenarnya aku cuak gak sebab ari tu bos inform kat aku medical card aku tak valid lagi nasib masa aku sakit ni medical card aku dah valid 
fuhhhhhhh lega
dah la masuk KPJ beb!
nasib insurans kaber, tapi ada gak bil yang perlu aku bayar sebab atas masalah-masalah tertentu
baru ingat free je semua
baru duduk 4 hari bil aku dekat 4K terbeliak mata aku tengok
kene kahwin dengan lelaki kaya la macam ni sebab nanti sakit masuk swasta tak payah pening-pening nak bayar billlll hospital
heeeeeee

aku diserang Infleunza A

doktor cakap penyakit ni datang balik
so korang-korang semua jaga kesihatan ye
kalau rasa badan tu sakit-sakit, demam lama tak kebah-kebah pergi la hospital cepat ye
disebabkan penyakit ni la jugak aku cuti panjanggggggg
kene kuarantin kat rumah tak boleh keluar
kalau keluar jugak kene pakai MASK!
WAJIB!
nek rimas aku!

ribuan terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan aku ye

Reboot

Wah!
kini blog aku sudah berubah wajah.
aku memang suka kan 'simple' aku tak suka serabut-serabut ni
disebabkan minggu ni aku diberi cuti panjang aku mengambil keputusan nak mengemas kini kan belog aku yang dah berabuk-rabuk ni
sebab apa aku diberi cuti panjang nanti aku story dekat post yang lain ye

nampaknya aku lebih berpuas hati dengan blog baru aku ni dengan bantuan adik BELLA
TERIMA KASIH BELLA
hehe
lagipun masuk minggu depan aku dah mula sebuk dengan kerja-kerja dunia balik
cuti dh habissssssssss kene kerja la woi!

kali ni blog aku lebih ringkas dari yang sebelum-sebelum ni
ye la aku ni bukan la blogger tegar pun kan?
cukup la sekadar apa yang ada, lepas ni pun ntah berapa kali lah aku nak update
nak update setiap masa memang bukan aku la kan ingat aku ni suri rumah dah tak ada kerja!
dulu boleh la nak update selalu tapi sekarang tak cukup masa kadang balik rumah malas nak on9 masa yang lebih tu lebih penting untuk berehat atau tidur!
kadang lebih penting juga ber BBM dari nak update blog
hehe

p/s : selamat menjenguk belog baru ni ye..heeee

29 October 2011

Moh La Kiteeeeeee!






HOBIN JANG HOBIN!!!!!



semangat!


28 October 2011

13 October 2011

strategi.

malam ni merupakan malam pertama aku berbadminton.
sangat hebat!
peluh keluar macam air, otak tepu boleh jadi cair.
tiba - tiba aku terasa sangat sihat, padahal bukan reti main pun.
gaya je lebih. hehe
best pulak rasanye bersukan ni
tak ada la asyik tension dengan kerja je
pastu nak emosi tak tentu pasal

nanti kalau aku dah kahwin tiap - tiap malam aku nak ajak suami aku bersukan!
mesti! mesti! mesti!
pastu shopping barang - barang sukan
kasut futsal sepasang!
kasut badminton sepasang!
kasut jogging sepasang!
kalau macam tu kene kahwin dengan atlit la kan?

bila otak dah mula lincah
tiba - tiba aku pikirkan strategi
strategi dengan kerja
strategi dengan masa depan
strategi dengan belanjawan
strategi macam - macam la
ye! aku kene aturkan strategi untuk melancarkan perjalanan aku
supaya aku lebih kental!

aku ada beberapa strategi yang belum aku capai dari dulu
aku nak beli GITAR, konon nya nak mahir main lagu tilu
tapi sampai sekarang sampai aku dah kerja lebih setaun batang hidung tali gitar pun aku tak nampak lagi
macam mana aku nak mahir main lagu tilu?
kata nak popular macam artis - artis you tube tu kan?
lagi satu sampai sekarang aku still tak dapat beli KASUT CONVERSE
padahal bape sen je harga kasut tu
bajet nak style la kan?
dalam seumur hidup, aku jarang beli kasut
aku ingat lagi masa tu trend kasut nike aku pun beli la sepasang, masa tu kat seremban popular kedai sopan
nak beli ori memang tak mampu la lagipun masa tu student kot!
dah kata kasut tu tak ori kan aku pergi la rendam dalam air
ha amik kau terbelah dua kat bawah tapak.
start dari tu aku dah malas nak beli kasut
tapi sekarang jiwa aku membuak - buak nak beli kasut converse
aku kene aturkan strategi pasti kan yang aku akan beli.
hari tu aku g kedai jam
aku tengok design jam BABY-G tu umak ai style gile!
nak beli duit terlebih banyak pulak kan?
tu sebab tak beli
tak pe la simpan dulu la aturkan strategi nak beli
tiga barang ni paling aku nak sebelum masuk tahun 2012!

dah la aku nak g mimpikan strategi - strategi aku
mana tau menjadi..
badan pun dah rasa lenguh - lenguh sebab bersukan tadi..
bye nak terjun tilam dulu ye..
nunite!

04 October 2011

cuti mood!




'bai bai SEREMBAN'

'hai hai CAMERON HIGHLAND!'




26 September 2011

Berghabuk!

Malam ni tangan aku gatal nak update belog
Sebab belog dah berghabuk beghukkkk
Aku tengok pun dah naik menyampah sebab tak ada story mory baru
Patut la traffic aku tak naik-naik.. huh!
Macam mana nak kaya dengan duit Nuffnag kalau macam ni?
Yang hujan malam ni dah kenapa pulak tak nak benti makin lebat kau turun ada la
Gusi aku ni pulak boleh tahan denyutnye!
Aku nak makan pun susah la woi! adoi!
Spoil mood ak je pergi makan Open House kat Balai Bomba petang tadi

Oh ya!
Lagi beberapa hari je lagi nak habis bulan syawal
Rasa kejap je masa dah berlalu
Bulan ni memang bulan banyak aku makan free
Sebab banyak jemputan Open House!
Duit pun saving bai.

Tahun ni memang aku lepas gian berjalan raya
Raya dengan kereta baru
Raya dengan kamera baru
Raya dengan handfon baru *tq sayang*
Segalanya baru la!

Dah! aku malas nak cakap banyak
Tengok je la gambar raya ha
Aku letak sikit je malas nk upload banyak-banyak



harap maklum ye gambar untuk raya pertama tak sempat nak bergambar setiap family sebab excited sangat sambut raya..hehe
tema tahun ni baju raya warna silver, gambar atas ni baju raya ke-2 ye!


ni la tema raya kami tahun ni..hehe..dah seminggu raya baru dapat bergambar dengan baju raya!
aku sempat jahit manik lagi malam raya, nasib sempat siap..