18 April 2012

#Karma







Tetiba je hati nak update blog. Aku nak tanya kau percayakan 'KARMA'? Aku? Yurp aku percayakan karma. Segala perbuatan dalam seharian kehidupan kita adalah karma. Kekadang satu perkara yang membuatkan kita terasa penah tak kau terfikir tu adalah dari kesilapan sendiri? Penah tak kau sedar? Segala perbuatan kita akan dibalas sama ada baik atau tidak baik dan sama ada positif atau negatif. Itulah dikatakan karma.

Mungkin aku tak sedar kesilapan yang aku lakukan. Betul la apa apa yang orang kata 'buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat'. Jangan ingat semua orang kita tak suka, orang tu suka kat kita? Jangan ingat gurau senda tu tak terguris hati dan perasaan seseorang? Jangan ingat kata - kata yang dikeluarkan itu sempurna?

Dan sekarang aku perasan setiap hari sebelum tidur aku akan terfikir balik segala perbuatan yang aku lakukan. Bila aku terasa akan sesuatu perkara, aku cuma senyum dan hati berkata 'itu adalah karma'. Banyak benda aku pelajari, dalam peningkatan umur ni. Setiap perlakuan perlukan perubahan.



'What u give, U get back!'



4 comments:

  1. betol! so jga la perlakuan sndri..

    ReplyDelete
  2. eh! ye ke? x pasan plak cimie ke tu? hikhik

    ReplyDelete